Friday, July 24, 2009


Pada Rabu minggu lepas perjalan yg tak dirancangkan bersama keluarga aku telahpun berlaku...hehe..apala ayat aku ni hentam aje ah ! " Jalan2 cari makan... "
Mana taknya hampir lebih kurang 2 bulan kot! weekend ( Ahad hari cuti keje aku ) aku tak dpt kuluar berfoya-foya dgn family aku. Memandangkan musim majlis perkahwinan yang berlansung dimerata-rata tempat. aku keluar shoot untuk majlis2 tersebut.
Aku dan family ade mendengar cerita dari mulut2 orang yang ramai bercerita yang kat Kukup Pontian ada tempat makan ,tempat dia bestla...makan dia sedap la...makcik aku berniaga menjual sarapan pagi. Boleh dikatakan hari2 pelanggan dia datang bercerita pasal tempat makan tu. Lebih memantapkan cerita2 diorang tu , katanya lagi yang pegi makan kat sana "ORANG-ORANG SINGAPORE" ramai pergi makan kat sana...masuk Malaysia semata-mata nak pergi makan kat Kukup Pontian tu. Kata diorang la...hehe..


makan3

MANDELLA ni lah tempat makan yang dikata-katakan tu...Lokasi diTanjung Bin Kukup Pontian Johor. Sebelah Kukup Goft Resort.Sory ah aku takde map malas nak buat haha..
makan2

Pada hari rabu haritu aku pun ponteng la keje...hehe. Memandangkan nak pegi hari ahad dengarnya ramai sampai takut takde meja nak duduk . Lebih kurang pukul 4 ptg aku bertolak dari rumah aku ( Sri Skudai ) . Aku bertolak awal sikit sebab tempat yang aku nak tuju ni memang tak pernah pergi. klu bertolak lewat takut plak da gelap tak jumpa.Betul apa yang aku jangka perh! punya la susah nak cari tempat , sampai sesat2 tu.. semua orang aku tanya bila da sampai sana.Tapi direction masing2 lain2, yang ni kata situ,yang tu kata sana waaargh!!. Hari da semakin gelap, tempatnya tak jumpa2 gak.Silapnya tempat ni takde singboard.Last2 aku jumpa sorang pakcik ni, aku kata ngan family aku ni last klu salah gak direction gak, kita makan je kat mana2 ade tempat makan.Betul tak betul ah kata pakcik tu, Kebetulan tempat aku berhenti bertanya tu ade sebatang lorong .gelap tu..die suruh aku masuk ikut lorong tu..nak tiba kesana kena redah kelapa sawit lebih kurang 4 km ah nekad je...da sampai takkan nak patah balik !
Akhirnya.....sampai gak aku kat tempat yang dituju lebih kurang pukul 8 lebih .Fuh! berjam-jam gak ah perjalanan aku .Punya la jauh ke dalam, orang Singapore ni buleh pegi hehe...Apa yg menarik minat aku dan family kt sini , seafood dia fresh lagi satu tempat ni terkenal dengan Udang dia besar ( sebeso anak ayam hehe... ).Makanan dia OK ah boleh tahan gak sedap nya..Memang betul la besar tu udang dia...menu2 yang aku order semuanya ada udang, udang sambal,udang tu ah ni ah : ) apa yang menarik nya tomyam campor dia. nampak udang je yang lain tak nampak.sayang skali aku tak sempat amik gambar tomyam tu..awal habis kene bedal hehe...Agak klu sesiapa yang terasa nak sampai kat sini OK gak. Tapi jangan kata aku kata sedap korang makan tak sedap ! Tekak masing-masing hehehe....
makan1

Posted by Posted by Eddie77 at 8:37 PM
Categories: Labels:

 

 
>